Monday, April 28, 2008

Bangsal CendawanKU



No comments:

Khasiat cendawan untuk awet kulit


APA yang lelaki berusia 60 tahun dan berjanggut putih tahu tentang kecantikan? Beliau sebenarnya pakar dalam bidang kesihatan intergratif, jadi satu perkara yang mungkin Dr. Andrew Weil tahu adalah tanpa kesihatan yang baik tidak mungkin anda memiliki kecantikan wajah yang menjadi idaman.
Dr. Andrew yang baru-baru ini dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia juga bergelar bapa perubatan intergratif.
Falsafah itu yang menemukan Dr. Andrew dan produk kecantikan terkemuka Origins. Origins dan Dr. Andrew berkongsi komitmen tentang kepentingan gaya hidup yang seimbang dan mengecapi kecergasan diri secara semula jadi.
Dr. Andrew bekerjasama dengan Origins untuk menghasilkan produk baru bagi membantu kulit anda kelihatan sihat dan segar sebaik mungkin.
Rangkaian produk tersebut dinamakan sebagai Dr. Andrew Weil for Origins. Produk tersebut menekankan kepada kecergasan dari dalam seperti yang ditafsirkan oleh Dr. Andrew.
Jadi formulanya memfokuskan pada penemuan faktor yang menyebabkan permasalahan antipenuaan dan kesihatan kulit.
Menurut Dr. Andrew, sumber kepada kecantikan adalah kesihatan yang baik. Beliau mempercayai bahawa kulit bukan segala-galanya tentang kecantikan melainkan hanya sebagai permukaan untuk dekorasi luaran saja.
Kulit adalah permukaan yang memisah antara struktur dalaman dan luaran badan kita. Walau bagaimanapun ia sebenarnya bertindak sebagai barometer penting dalam menentukan tahap kesihatan badan anda dan bekerja keras untuk mengimbangkan keseluruhannya.
Dr. Andrew mempercayai bahawa masalah utama kulit adalah kekeringan, kemerah-merahan, pigmentasi, garis halus dan kedutan. Perkara itu adalah kesan kepada penuaan kulit yang ditakuti oleh wanita.
Kepakaran Dr. Andrew adalah mengadunkan perubatan barat dengan bahan semula jadi dan perubahan gaya hidup.
Lantas untuk produk terbaru Origins itu, Dr. Andrew mengadunkan pelbagai rumusan bahan semula jadi dan yang utama adalah cendawan.
* Kenapa cendawan?
Sejak lebih 3,000 tahun cendawan dipercayai turun-temurun mempunyai khasiat untuk memperbaiki tahap kesihatan, memelihara keremajaan kulit dan melawan stres.
Bahan utama dalam produk tersebut terdiri daripada pelbagai spesies cendawan seperti Hypsizygus Ulmarius, Cordyceps dan Reishi. Herba dan rempah juga disyorkan oleh Dr. Andrew untuk kesihatan yang baik. Selain cendawan, halia dan kunyit turut menjadi formula utama rangkaian produk tersebut.
Bahan seperti itu bertindak semula jadi untuk menenangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan sihat dan berseri-seri. Dua produk terbaru Origins itu terdiri daripada Plantidote Mega-Mushroom Face Serum dan Plantidote Mega-Mushroom Face Cream.
Mereka yang menggunakan Plantidote Mega-Mushroom Face Serum dan Face Cream dapat mengenal pasti perubahan dan pembaharuan dalam tekstur, penampilan dan kondisi kulit mereka.
Sebanyak 84 peratus responden berkata, kulit mereka berasa nyaman dan tenang dengan program tersebut. Kedua-dua produk tersebut bertindak meningkatkan sistem pertahanan kulit terhadap penuaan. Cuma dalam masa sebulan hasilnya sangat mengagumkan.
* Plantidote Mega- Mushroom Face Cream
Produk tersebut adalah untuk meningkatkan sistem pertahanan kulit. Krim muka itu diperkaya dengan bahan semula jadi seperti cendawan jenis Hypsizygus ulmarius dan Chaga yang dapat membantu menenang dan menyamankan kulit.
Bahan Narcissus Lily Bulbs bertindak sebagai perlindungan kulit untuk memastikan tenaga disimpan bagi melawan kesan penuaan kulit.
Kulit mempunyai kemampuan untuk mengekalkan kekenyalan, kesihatan dan keremajaannya. Teknologi paten itu dibantu oleh ekstrak Menyanthus dan Heather untuk menjadikan kulit lebih anjal dan remaja.
Sementara Fucoidan daripada Okinawan seaweed bertindak meningkatkan tahap pelembapan kulit dan vitamin C dan E melawan kesan oksidan yang mencemarkan kulit.
Sapukan Plantidote Mega-Mushroom Face Cream dua kali sehari bersama Plantidote Mega-Mushroom Face Serum sebagai salah satu pendekatan intergratif anda untuk penjagaan kulit.
* Plantidote Mega-Mushroom Face Serum
Adakah anda mempunyai kulit yang sensitif, kekeringan, kemerah-merahan, pigmentasi, kedutan dan garis halus?
Ia adalah satu fenomena yang biasa kerana permasalahan kesihatan badan, kata Dr. Andrew.
Jadi rawatan yang mujarab adalah pendekatan integratif tambah Dr. Andrew. Ia menampilkan ramuan Hypsizygus ulmarius, Cordyceps, Reishi Mushrooms, halia, kunyit dan Holy Basil.
Memandangkan serum tersebut sangat ringan, ia mudah menyerap pada permukaan kulit.
Gunakan dua kali sehari dan kelak kulit akan diperbaharui dan berseri-seri. Kulit anda akan kelihatan lebih tenang, sihat dan kurang stres.
Rangkaian produk tersebut kini berada di kaunter Origins di Isetan KLCC, Metrojaya Mid Valley, U Parkson One Utama dan Jaya Jusco Tebrau City Johor Bahru.